
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Lim Kit Siang pada dasarnya, cukup menyesal apabila meninggalkan kerusinya di Ipoh Timur dan memilih lokasi baharu iaitu di Gelang Patah.
“Beliau (Kit Siang) tak menyangka Datuk Abdul Ghani Othman sanggup menjadikan situasi buku bertemu ruas.
“Usaha pembangkang meletakkan Kit Siang mewakili DAP dan Salahuddin Ayub bertanding atas tiket Pas adalah petanda mereka sanggup meletakkan tokoh-tokoh ini walaupun mereka tahun risikonya amat tinggi,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera Malaysia di Kem Tebrau di sini hari ini.

Sementara Sallehuddin pula meninggalkan Kelantan dan diumumkan bertanding di dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya (di bawah parlimen Gelang Patah) dan kerusi parlimen Pulai.
Ujar Zahid lagi, kerjaya politik tokoh-tokoh nasional pembangkang seperti Kit Siang dan Sallehuddin juga bakal berakhir kerana budaya masyarakat Cina di negeri ini cukup berbeza dengan negeri-negeri lain.
“Memang ada perbezaan pendapat dan pendirian dalam kalangan UMNO, tetapi apabila tiba pilihan raya, mereka tak berkompromi menentang mana-mana pemimpin pembangkang dan pastikan mereka kecundang terutama tokoh besar,” katanya.
Beliau turut percaya bahawa masyarakat Cina di Johor masih memerlukan BN dan sokongan mereka terhadap parti ini masih mantap. - sumber KOSMO!
1 comment:
Kalau dap n pas sanggup ambil risiko lagi baiklah biarlah kan lagi baik untuk bn , jadi tak payahlah sibuk komen hal mereka.
Post a Comment