Tuesday 30 April 2013

PM disambut meriah di Skudai


JOHOR BAHRU – Kira-kira 35,000 orang, majoritinya terdiri daripada kaum Cina, membanjiri Kolej Universiti Selatan, Skudai di sini malam tadi pada majlis lawatan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kehadiran begitu ramai rakyat pelbagai berbilang kaum itu memberi isyarat jelas tentang sokongan yang semakin meningkat terhadap Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina bukan sahaja di Johor, malah di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Najib menyifatkan sambutan di luar dugaan itu sebagai satu petanda baik untuk BN.

“Saya berasa amat terharu atas sambutan sangat meriah yang diberikan, walaupun dalam dewan nampak tenang tetapi di luar dewan suasananya begitu hangat dengan kehadiran begitu ramai orang,” katanya.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; calon BN Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar; calon BN DUN Skudai, Lim Ah Chy dan calon BN DUN Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan tapak bangunan pendidikan antarabangsa baharu kolej berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya pada Jun depan.

Ketika berucap pada majlis tersebut, beliau menyatakan persetujuan untuk membina sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Iskandar Malaysia.

“Datuk Chua Soi Lek kata, elok dibina sebuah SJKC di Iskandar Malaysia dan saya beri persetujuan. Kawasan ini bukan sahaja dilengkapi dengan 12 universiti, malah ada sekolah Cina yang memberi peluang kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah jenis itu,” katanya.

Dalam pada itu, pada sebelah pagi di Pekan Nenas, Pontian, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bersama Rakyat, meminta rakyat Johor mengekalkan imej negeri itu sebagai kubu kuat BN dan UMNO dengan mengundi calon BN pada PRU-13.

Menurut beliau, Johor juga merupakan tempat bermulanya sejarah Malaysia Moden.

Justeru, katanya, rakyat Johor wajib memastikan perjuangan Malaysia Moden dipertahankan daripada pihak yang hanya mahukan kuasa tanpa mempunyai kelayakan mentadbirnya.

“Jangan buta sejarah, kita wajib pastikan perjuangan Malaysia Moden dipertahankan.

“BN bukan semata-mata hendak kuasa tetapi menuntut mandat rakyat sebab kita lebih layak memimpin negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Najib melahirkan keyakinan Johor berupaya mencatatkan kemenangan besar pada PRU-13 berbanding 2008.

Pada PRU-12, BN memenangi 25 daripada 26 kerusi Parlimen, manakala satu kerusi Parlimen berjaya diraih DAP.

Bagi kerusi DUN pula, BN memenangi 50 daripada 56 kerusi, manakala Pas berjaya memperoleh dua kerusi dan DAP empat kerusi. - sumber KOSMO!

Gelang Patah akan dikembalikan kepada MCA


JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak malam ini mengumumkan bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah akan dikembalikan kepada MCA untuk pilihan raya akan datang.

"Ini hanya sementara sahaja," katanya dalam ucapannya sempena Majlis Ramah Mesra di Kolej Universiti Selatan.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, Barisan Nasional (BN) meletakkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon kerana yakin beliau merupakan pencabar terbaik kepada lawannya iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kerusi Gelang Patah secara keseluruhannya mencatatkan pengundi teramai iaitu 106,864 orang dan secara tradisinya ia ialah milik MCA.

Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut manakala Melayu dan India masing-masing adalah 34 peratus dan 12 peratus.

"Itu sebab, tolonglah sokong Datuk Ghani sebab beliau akan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan terhadap masa depan cemerlang Johor dan juga negara, jadi Gelang Patah begitu signifikan sekali," katanya lagi.

Perdana Menteri mendedahkan, pada asalnya Menteri Besar Johor itu enggan bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Namun disebabkan kesetiaannya pada parti, Datuk Ghani menerimanya," katanya. - sumber KOSMO!

Thursday 25 April 2013

PRU-13: Kit Siang mangsa mainan politik Anwar - Muhyiddin


JOHOR BAHRU 25 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Lim Kit Siang telah menjadi mangsa permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menerima tawaran bertanding di Parlimen Gelang Patah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Penasihat DAP itu meninggalkan penyokong setianya di Ipoh Timur untuk bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana yakin Anwar juga akan meninggalkan Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.

"Macam inilah ceritanya, bagaimana Kit Siang kena main politik oleh Anwar. Mereka ini kononnya ada muafakat dalam pakatan pembangkang, mereka berdua berpakat, Kit Siang pergi ke Gelang Patah dan Anwar pula akan pergi bertanding di Perak.

"Anwar kemudian datang ke Johor dan umum Kit Siang akan jadi calon DAP di Gelang Patah. Jadi, bila dah umum, Kit Siang sudah terikat di sini dan tidak dapat berbuat apa-apa," katanya semasa berucap pada Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Raya Taman Universiti di sini malam tadi.

Muhyiddin berkata, pada masa sama, Anwar masih mencari kawasan yang selamat untuk dia tandingi di Perak tetapi tidak mengumumkannya sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diajukan soalan mengenai tindakan Ketua Pembangkang itu.

"Jadi, bila dia (Anwar) fikir balik perkara itu, dia pun patah balik ke Permatang Pauh dan akhirnya Kit Siang terikat di kubu kuat BN di Gelang Patah dan meninggalkan tempat lamanya di Ipoh Timur. Jadi, siapa yang kena main di sini," katanya.

Namun kata Muhyiddin, beliau percaya BN Johor mengalu-alukan kedatangan Kit Siang ke negeri ini dan yakin Abdul Ghani tidak gentar dengan perkembangan tersebut sekali gus menyeru semua rakyat negeri ini untuk memastikan Penasihat DAP itu akan berkubur di Gelang Patah. - sumber UTUSAN ONLINE

Wednesday 24 April 2013

PRU-13: Nik Aziz tolak BR1M tapi Salahuddin nak beri lebih banyak


Oleh AZIZI MAJID dan NOR AZAN FITRI
JOHOR BAHRU 24 April - Jika sebelum ini dua pemimpin tertinggi Pas memperkecilkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hari ini Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berjanji akan memberikan bantuan sama sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Pulai itu berkata, pakatan pembangkang akan memberi bantuan sebanyak RM2,000, berbanding kenaikan sehingga RM1,200 sebagaimana terkandung dalam manifesto BN bagi PRU-13 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Saya dah kaji hasil negeri, dah baca report (laporan) daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dah baca pendapatan negeri. Di bawah pakatan rakyat kita boleh bagi RM2,000, jauh lebih tinggi daripada BR1M Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena ceramah Pas di Taman Cempaka, Kempas di sini malam tadi.

Kenyataannya itu bertentangan dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila menyamakan kira-kira empat juta rakyat yang menerima pemberian BR1M sebagai 'memberi hampas padi dan kelapa kepada ayam dan lembu'.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyamakan pemberian BR1M seperti zaman Firaun. - sumber UTUSAN ONLINE

Tuesday 23 April 2013

120 members bid goodbye to Pas


SELAMA: Some 120 Pas members from the Kampung Tapah branch, quit the party yesterday, to join Umno.
They did so after they lose confidence in the leadership of the Islamist party.

Former Pas Sungai Bayor chief Ahmad Zanian Shuhor, 62, accused party president, Datuk Seri Hadi Awang, of practising cronism, but fielding his own son-in-law, Mohd Akmal Kamarudin, as the party's candidate for the Selama state seat in the 13th general election.

He also said that Hadi was willing to set aside the Larut Pas chief Dr Mohd Dahari Osman as the candidate for the parliamentary seat, to make way for former federal criminal investigation department director Datuk Fauzi Shaari to contest there.

"There will be more Pas members from Kampung Tapah who will join Umno after this," he said here today. - source NST

Calon BN, PAS Buloh Kasap Bertembung Ketika Berkempen


Norshida (kiri) bertembung dengan Mohd Firdaus (kanan) Masod apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, Selasa.
SEGAMAT: Ketua Puteri Umno Johor, Norshida Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Segamat, Mohd. Firdaus Masod yang kedua-duanya calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap 'terkejut' apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, di sini, Selasa.

Pertemuan secara tidak sengaja di sebuah kedai makan itu turut menarik perhatian orang ramai serta masing-masing bertegur sapa dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira lima minit itu sebelum mereka beredar untuk meneruskan kempen.

Noshida yang juga Ketua Puteri Umno Segamat berkata, beliau kini bekerja keras untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi kerana pertama kali bertanding sebagai wakil rakyat yang di kerusi yang sebelum ini diwakili Datuk Othman Jais.

"Setakat ini sambutan amat baik. Apa yang dijanjikan kepada penduduk ialah pembangunan Barisan Nasional (BN) yang berterusan. Bagi pengundi Cina pula, saya tidak ada masalah, yang penting yakinkan mereka untuk saya berkhidmat kepada semua.

"Disebabkan ini adalah pengalaman pertama bertemu rakyat secara bersemuka di akar umbi, pelbagai karenah rakyat dapat disaksikan. Saya perlu menguatkan mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab ini," katanya.

Beliau yang merupakan adik kepada penyandang kerusi DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai, berkata, dalam tempoh singkat ini beliau akan menemui seberapa ramai pengundi bagi memastikan BN terus diterima di kawasan itu.

Sementara itu, Mohd. Firdaus berkata, pihaknya percaya akan berlaku kejutan di DUN Buloh Kasap terutama isu atau masalah di Felda Palong Timur yang akan memihak kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Katanya yang bertanding bagi kali kedua di Buloh Kasap, kesempatan tersebut akan digunakan pembangkang untuk menang di kawasan berkenaan yang merupakan kubu kuat BN. - sumber MSTAR

Saturday 20 April 2013

PRU-13: Khaled Nordin ditentang calon Pas


JOHOR BAHRU 20 April - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan wakil Pas, Syed Othman Syed Abdullah.

Pertandingan bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang yang 'diserahkan' Mohamed Khaled kepada Normala Abd. Samad untuk mempertahankannya turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Ahmad Faidhi Saidi.

Bagaimanapun, kerusi DUN Johor Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, DAP dan calon Bebas.

BN diwakili Tan Cher Puk yang diberikan kepercayaan untuk mempertahankan kerusi berkenaan, manakala DAP diwakili Liow Cai Tung dan pengusaha kedai motosikal, Elwin Hong Eng Wah mencuba nasib sebagai calon Bebas. - sumber UTUSAN ONLINE

Muhyiddin Serah Kertas Pencalonan di Pagoh


PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Beliau menyerahkan borang pencalonan itu kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Zulkifly Mohd Tahir.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), tiba di kompleks itu pada 9 pagi selepas berarak dengan menaiki kenderaan kira-kira 2km dari Kompleks Seri Pekembar bersama para penyokongnya.

Beliau turut diiringi dua calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Bukit Serampang, Ismail Mohamad dan DUN Jorak Datuk Dr Sharuddin Md Salleh.

Muhyiddin memasuki dewan dengan ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Kira-kira 1,500 penyokong BN menyanyikan lagu Barisan Kita sambil memegang bendera parti di luar pusat penamaan calon.- sumber BERNAMA

Sekitar penamaan calon BN P162 Gelang Patah

penyokong BN sabar menunggu ketibaan Dato Ghani Othman

penyokong wanita BN tampak bersemangat

Dato Ghani di iringi Dato Chua bersedia ke pusat penamaan calon

team pinkie BN

panji BN di kibar megah

penyokong Pemuda BN

 
pihak keselamatan sentiasa mengawal keselamatan

Friday 19 April 2013

Johor jadi kubur politik Kit Siang, Salahuddin


JOHOR BAHRU - Di sebalik hasrat pembangkang mahu menjadikan Johor sebagai tapak baharu politik mereka, jentera Barisan Nasional (BN) negeri ini pula berazam mahu menjadikan negeri ini sebagai ‘kubur politik’ kepada tokoh-tokoh besar pembangkang yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini (PRU-13) kali sini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Lim Kit Siang pada dasarnya, cukup menyesal apabila meninggalkan kerusinya di Ipoh Timur dan memilih lokasi baharu iaitu di Gelang Patah.

“Beliau (Kit Siang) tak menyangka Datuk Abdul Ghani Othman sanggup menjadikan situasi buku bertemu ruas.

“Usaha pembangkang meletakkan Kit Siang mewakili DAP dan Salahuddin Ayub bertanding atas tiket Pas adalah petanda mereka sanggup meletakkan tokoh-tokoh ini walaupun mereka tahun risikonya amat tinggi,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera Malaysia di Kem Tebrau di sini hari ini.

Gelang Patah menjadi tumpuan pada pilihan raya kali apabila calon heavyweight DAP, Lim Kit Siang akan menentang Abdul Ghani yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Johor.

Sementara Sallehuddin pula meninggalkan Kelantan dan diumumkan bertanding di dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya (di bawah parlimen Gelang Patah) dan kerusi parlimen Pulai.

Ujar Zahid lagi, kerjaya politik tokoh-tokoh nasional pembangkang seperti Kit Siang dan Sallehuddin juga bakal berakhir kerana budaya masyarakat Cina di negeri ini cukup berbeza dengan negeri-negeri lain.

“Memang ada perbezaan pendapat dan pendirian dalam kalangan UMNO, tetapi apabila tiba pilihan raya, mereka tak berkompromi menentang mana-mana pemimpin pembangkang dan pastikan mereka kecundang terutama tokoh besar,” katanya.

Beliau turut percaya bahawa masyarakat Cina di Johor masih memerlukan BN dan sokongan mereka terhadap parti ini masih mantap. - sumber KOSMO!

Apa cerita Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia tak bertanding PRU13?


Salah satu yang menjadi tandatanya dalam senarai calon BN ialah ketiadaan nama Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia,Datuk Kamalia Ibrahim.

Ini kerana Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri tidak bertanding.

Apakah pimpinan BN tidak peduli atau hargai Wanita UMNO?

Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjawab tandatanya ini dalam satu sidang akhbar di Pusat dangan Dunia Putra petang Khamis.

Beliau menjelaskan Kamalia telah ditawarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar bagaimanapun beliau telah menolaknya.

Tawaran itu disertakan dengan tawaran lantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak jika BN menang di negeri itu.

Namun itu juga ditolaknya.

Najib berkata Kamalia mahu bertanding kerusi Parlimen.

Kamalia bergiat dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan Tan Sri Rafidah Aziz  telah mengosongkan kerusi itu.

Sebelum ini timbul desas desus Kamalia mungkin akan isi tempat Rafidah.

Perdana Menteri berkata keputusan menolak tawaran itu adalah keputusan Kamalia sendiri.

Katanya dengan ini tidak timbul soal BN tidak bagi tempat kepadanya atau tidak menghargai Wanita - sumber AGENDADAILY

PRU13: Lembaga Disiplin UMNO terima beberapa laporan sabotaj ahli


KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno menerima beberapa laporan perbuatan sabotaj dalam kalangan anggota partinya menjelang pilihan raya ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. 

Beliau berkata, individu berkenaan akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan mereka berdepan tindakan tegas termasuk dipecat dan digantung keanggotaannya jika dibuktikan bersalah.
Justeru, beliau mengulangi amaran agar anggota parti menjauhi perbuatan mensabotaj parti.

"Saya juga menyeru kepada semua anggota Umno di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja yang mengkhianati parti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, Lembaga Disiplin juga telah melantik pemantau di setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) bagi memantau dan melaporkan kes sabotaj parti.

Sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi UMNO dan empat wakil Lembaga Disiplin parti juga ditubuhkan bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti, katanya. - sumber BERNAMA

Thursday 18 April 2013

Taksubnya melayu terhadap DAP


klik di sini untuk bacaan seterusnya

Kad diskaun 1Malaysia dan PR1MA bantu penggiat seni


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan lima berita bagi kepada penggiat seni bagi membantu golongan itu menikmati kemudahan sama rata yang dinikmati oleh masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana lain.

Berita baik itu termasuklah memberikan kemudahan Kad Diskaun 1Malaysia kepada golongan artis yang berdaftar dengan persatuan.

Sebelum itu kad berkenaan, dinikmati oleh pelajar, pesara kerajaan, tentera dan polis.

Selain itu, Najib turut mengarahkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengkaji model pembiayaan perumahan rakyat itu untuk penggiat seni yang tidak mempunyai penyata gaji dan berpendapatan tidak menentu.

Perkara lain yang turut dijanjikan kerajaan untuk penggiat seni adalah mengkaji royalti kepada pelakon yang filem dan drama mereka sering diulang tayang dan penambahan dana industri kreatif mengikut keperluan serta dana pentadbiran persatuan artis. - sumber KOSMO!

Wednesday 17 April 2013

DAP kemuka 11 muka baru di Johor


JOHOR BAHRU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengumumkan calon parti itu bagi enam kerusi Parlimen dan 14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

DAP, katanya, akan mengetengahkan 10 muka baru bagi kerusi DUN dan seorang muka baru bagi kerusi Parlimen.
Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah juga berkata, DAP juga akan mengetengahkan seorang calon Melayu, Mahdzir Ibrahim sebagai calonnya di Parlimen Tanjung Piai.

"Senarai calon kita adalah bersesuaian untuk mencetuskan tsunami politik di negeri Johor dan Malaysia keseluruhannya," katanya pada sidang media sempena majlis pengumuman senarai nama calon Parlimen dan DUN DAP Johor di sini, hari ini.

Antara nama besar pemimpin DAP selain beliau sendiri yang akan bertanding di Johor kali ini, ialah pakar strategi DAP, Liew Chin Tong yang akan bertanding di Parlimen Kluang dan Teo Nie Ching (Kulai). - sumber BERNAMA

Calon BN diingat jangan sombong dengan rakyat


MUHYIDDIN (tengah) bergambar bersama Tengku Adnan (tujuh dari kanan) dan Raja Nong Chik (enam dari kiri) serta calon-calon Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bagi PRU-13 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) agar tidak sombong apabila bertemu dengan rakyat.

Beliau berkata, ia penting untuk memenangi hati pengundi ketika berkempen.

"Jangan sombong, selalu senyum, genggam erat tangan apabila bersalaman, pandang mata pengundi ketika bersalaman dan dengar rintihan mereka betul-betul," katanya pada majlis pengumuman calon PRU-13 BN Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang diumumkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin BN akan memperoleh lebih banyak kerusi di 13 kawasan Wilayah Persekutuan kerana 800,000 pengundi di kawasan itu amat arif mengenai pelaksanaan program kerajaan BN selama ini.

Jelasnya, setelah mengharungi cabaran pada PRU-12 tahun 2008 dengan BN hanya memenangi tiga kerusi di Wilayah Persekutuan, beliau yakin transformasi yang telah dilaksanakan kerajaan dalam tempoh empat tahun lalu mampu mengubah persepsi pengundi.

"Kerajaan pimpinan BN telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah negara berpendapatan tinggi.

"Kita yakin orang di Wilayah Persekutuan orang yang bermaklumat, (mereka) tahu apa yang berlaku di dalam kerajaan dan parti.

"Saya percaya mereka melihat apa dilakukan kerajaan dan impak usaha itu kepada mereka," katanya.

BN menguasai Putrajaya, Setiawangsa dan Labuan daripada 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan pada PRU-12.

Pada majlis itu, BN menampilkan 12 muka baharu pada pilihan raya umum kali ini dengan hanya mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, pada majlis perjumpaan khas dengan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Johor di SJKC Foon Yew di Johor Bahru pada sebelah petang, Muhyiddin berharap Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh akan menghormati keputusan pucuk pimpinan BN yang meletakkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon kawasan Parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau yang juga Pengerusi Jentera Pilihan Raya BN berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun bercakap dengan Teoh menerusi telefon, memberikan pandangannya tentang keputusan di sebalik pencalonan Abdul Ghani di Gelang Patah.

"Saya harap apabila sudah dijelaskan, Jason akan berbincang dengan MCA dan memaklumkan semua perkara dan saya harap semua pihak membantu.

"Mungkin kali ini beliau tidak bertanding, mungkin (beliau akan bertanding) pada masa depan," katanya - di petik dari Kosmo

Video Abang Saifudin Nasution Cipta Lagu Untuk Anwar Ibrahim


kredit dari blog pisau kedah

PRU-13 ujian kesetiaan penyokong BN


JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini adalah medan ujian kepada kesetiaan ahli Barisan Nasional (BN) negeri Johor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Sembrong berkata, PRU-13 adalah yang paling mencabar bagi BN negeri berikutan tumpuan pihak pakatan pembangkang yang membawa masuk ramai calon dari luar untuk bertanding di negeri ini.

"Ini bukan sekadar cabaran yang kuat tetapi juga ujian untuk merapatkan barisan kita bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya selepas majlis pelancaran manifesto BN Johor dan penyerahan watikah calon PRU-13 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini semalam.

Hishammuddin memberitahu, pilihan raya kali ini melebihi kepentingan mana-mana individu atau kumpulan tertentu dan ia merupakan masa untuk memastikan kemenangan parti bagi membuktikan Johor adalah tiang seri BN.

Oleh itu, beliau mahu agar mereka yang tidak dicalonkan bangkit secepat mungkin daripada kekecewaan dan menguatkan azam serta tekad untuk meneruskan perjuangan parti.

Mengenai kerusi Parlimen Gelang Patah, beliau berkata, dengan pengumuman Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon heavyweight kawasan itu, BN mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi kawasan Parlimen itu kerana beliau mempunyai rekod yang bagus dalam melaksanakan pembangunan di Johor.

Sehubungan itu, Hishammuddin berharap sokongan padu daripada ahli BN negeri terhadap Abdul Ghani penting bagi memastikan kemenangan yang bakal menentukan pembangunan berterusan di Gelang Patah yang berada dalam lingkungan kawasan pembangunan Iskandar Malaysia. - sumber Bernama

Tuesday 16 April 2013

Johor Dipilih Penganjuran Anugerah Blockbuster Tahun Ini


KUALA LUMPUR: Penganjuran kali kedua Anugerah Blockbuster 2012 yang dipilih berdasarkan undian peminat akan diadakan di Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), Johor pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada penduduk di luar Lembah Klang merasai kehangatan acara itu.

"Kami pada mulanya sukar mencari lokasi di Kuala Lumpur dan selepas perbincangan dibuat kami bersetuju untuk mengadakan acara itu di Johor," katanya pada sidang media Anugerah Blockbuster di Hotel Western Premier di sini, Isnin.

Acara itu dijadualkan berlangsung pada 15 Jun depan pada pukul 9 malam.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Radio Era.

Dalam pada itu, Pansha berkata, pihaknya dan Astro akan memastikan penganjuran Anugerah Blockbuster 2012 akan lebih berjaya berbanding tahun lalu.

Antara mereka yang hadir dalam majlis sidang media Anugerah Blockbuster 2012.
Malah katanya, aktiviti promosi akan dibuat dengan lebih baik supaya kehangatan anugerah itu dapat dirasai.

"Tahun lalu kita menghadapi masalah masa apabila ia dibuat dalam masa yang singkat. Jadi tahun ini promosi dapat disusun dengan lebih kemas," katanya.

Bakal mengangkat tema 'hipster', Pansha bagaimanapun berkata, senarai pengacara, persembahan dan sebagainya akan diumumkan dalam sidang media seterusnya.

Filem yang layak bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2012 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2012 sehinggalah 31 Disember 2012.

Sebanyak 15 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu di www.anugerahblockbuster.com.my dan menerusi keratan akhbar.

Undian pusingan awal akan dibuka bermula 19 April 2013 sehingga 10 Mei 2013.

Sepuluh calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan dengan kaedah serupa.

Antara filem-filem yang layak bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima, dan Zaiton Ceritaku .

Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan:

1. Anugerah Filem Terhebat

2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat

3. Anugerah Direktor Baru Terhebat

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat

6. Anugerah Filem Takut Terhebat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat

8. Anugerah Hero Terhebat

9. Anugerah Heroin Terhebat

10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat

11.Anugerah Lagu Filem Terhebat

12.Anugerah Hero Baru terhebat

13.Anugerah Heroin Baru terhebat

14. Anugerah PFM

15. Anugerah Astro First Terhebat

sumber MSTAR

AR Badul Harap Artis Veteran Berkempen Di Kedah Tidak Dipersoalkan


KUALA LUMPUR: Pelawak AR Badul berharap, tidak pihak mempertikaikan penglibatan 10 orang artis veteran yang akan berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN) di Kedah kerana usaha itu adalah tanggungjawab mereka yang ingin parti berkenaan kekal memerintah negara.

Badul berkata, artis-artis berkenaan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada BN tetapi apa yang mereka lakukan adalah kerja sukarela yang lahir pada diri masing-masing.

“Kami bukannya mahu dibalas dengan tawaran kerja pada masa akan datang tetapi ia adalah satu usaha murni daripada hati kami sendiri. Kami harap kerjaya sukarela kami ini tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada mStar Online.

Kira-kira 10 orang artis veteran termasuklah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ghani, Shira Iskandar, Aznah Hamid, Kismah Johar dan Hail Amir akan menyertai program Ziarah Syukur Ke Kedah bagi membantu BN berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ia akan bermula dari tarikh 23 hingga 27 April ini membabitkan daerah Kuala Nerang, Kulim, Alor Merah dan Pendang.

Beberapa aktiviti bersama penduduk kampung akan diadakan termasuklah menjayakan sembahyang hajat, forum Bicara Seni dan menziarahi beberapa rumah kebajikan dalam acara itu.

Badul berkata, dia juga menganggap penglibatan artis-artis dalam aktiviti berkenaan seperti satu 'peperangan' minda kerana mereka mungkin akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuklah kehadiran itu tidak disukai oleh pihak-pihak tertentu.

"Kami sudah bersedia dengan risiko yang bakal dilalui. Bagi kami, semua ini adalah demi negara kita sekarang.

"Insya-Allah, mudah-mudahan kehadiran kami akan diterima baik oleh penduduk kampung di sana," ujarnya. - sumber MSTAR

Friday 12 April 2013

Syed Hamid Albar umum tidak bertanding pada PRU-13


KUALA LUMPUR 12 April - Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Menganggap kerjanya selama ini telah selesai, Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkata, telah tiba masanya untuk beliau mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baharu.

"Keputusan ini sebenarnya telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan kerana saya perlu memastikan semua perkara adalah dalam keadaan teratur sebelum sebarang pengumuman dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, beliau telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri serta menjadi anggota parlimen selama lima penggal dan tempoh itu satu jangka masa yang panjang dan amat memuaskan kerana dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat Kota Tinggi secara khasnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan dan parti kerana telah memberi saya peluang bekerja untuk rakyat dan kepada pengundi di Kota Tinggi atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang saya berkhidmat sebagai ahli Parlimen," katanya.

Beliau berharap pengundi di Kota Tinggi akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga yang dipilih pucuk pimpinan sebagai calon sepertimana sokongan diberikan kepada beliau sebelum ini.

Pada PRU 2008 Syed Hamid menewaskan Onn Jaafar daripada Pas dengan majoriti 18,961 undi. - sumber BERNAMA

Dap berkempen memancing undi di Singapura

seorang pembaca telah menghantar foto seperti di bawah:-


desas desus mengatakan bahwa dap mula berkempen memancing undi di seberang tambak terbukti benar. mereka mendapat bantuan dari pihak-pihak tertentu sekaligus mengesahkan bahwa memang mereka sengaja mengundang campurtangan asing untuk menentukan kerajaan yang mereka mahu..

Thursday 11 April 2013

Dr Boo Dicabar Letak Jawatan Sebagai Pengerusi DAP Johor Selepas PRU13


KULAIJAYA: Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng mencabar pengerusi parti negeri, Dr Boo Cheng Hau untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Ong berkata, beliau mahu Dr Boo untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah.

Ong berkata, Dr Boo tidak lagi sesuai untuk menerajui parti di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya.

“Daripada menyatukan anggota-anggota parti, beliau telah menyebabkan perpecahan dalam DAP Johor,” dakwanya dalam sidang media di sini, Rabu. - sumber MSTAR

Naib Presiden DAP Johor akui berlaku perpecahan dalam DAP negeri


JOHOR BAHRU: Semakin menghampiri tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin jelas perpecahan berlaku dalam kalangan anggota DAP Johor yang dipimpin Dr Boo Cheng Hau. 

Pekung yang cuba disembunyikan selama ini semakin tidak dapat dilindungi lagi apabila Naib Pengerusi DAP negeri, Ong Kow Meng sendiri mengakui memang berlaku perpecahan dalam parti itu di Johor.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat balas yang diterima, memang terdapat pemimpin dan anggota parti tidak lagi menyukai kepimpinan Dr Boo, sehingga mencetuskan sikap berpuak-puak dalam parti.

"Sehubungan itu Dr Boo perlu mengotakan janji yang dibuatnya pada mesyuarat jawatankuasa negeri pada 17 April lalu untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi selepas pilihan raya.

"Jika beliau tidak berbuat demikian, kita tidak akan teragak-agak untuk berkempen bagi menggesa anggota parti supaya tidak mencalonkannya bertanding pada pemilihan kepimpinan DAP Johor Oktober depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, pengunduran Dr Boo dapat menangani masalah perpecahan yang berlaku, selain mempererat lagi hubungan antara DAP negeri dan DAP pusat.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap pengganti Dr Boo kelak seorang yang fleksibel dan mampu bertolak ansur.
Pertelagahan antara Ong dengan bosnya itu bukan satu perkara baru apabila beliau dan 16 cawangan parti itu bersama-sama mengemukakan undi tidak percaya terhadap ADUN Skudai terbabit.

Dr Boo pula pernah mengeluarkan kenyataan kepada akhbar berbahasa Cina di negeri ini bahawa beliau mencabar ADUN Senai itu bertanding merebut jawatan disandangnya pada pemilihan parti akan datang.

Pada sidang media yang sama Ong turut meminta anggota parti supaya akur dan menyokong siapa juga yang dipilih menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, keputusan pucuk kepimpinan melepaskan Parlimen Segamat kepada PKR untuk ditandingi Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, seharusnya dihormati bagi mengekalkan kesepakatan dalam parti. - sumber BERNAMA

Wednesday 10 April 2013

PRU13: Bekas Menteri Besar Perak Bakal Sertai PAS?


Oleh IZRA ABD RAHMAN

LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.

"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.

Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar). sumber MSTAR

Laporan Polis ke atas Mursyidul AM ABU - Haris Ibrahim




Laporan Polis ke atas Mursyidul AM ABU - Haris Ibrahim

Dalam masa terdekat, beberapa laporan POLIS ke atas Mursyidul AM ABU (Asalkan Bukan UMNO) akan dibuat bagi memastikan pihak berhaluan kiri ini tidak menimbulkan kekacauan semasa PRU 13 berlangsung. Haris Ibrahim melalui posting videonya telah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak sama-ada beliau sanggup mati ? 

Beliau juga telah menyarankan bahwa -

* Dia berjanji untuk menghalang orang-orang tertentu walaupun mempunyai MYKAD yang sah dan TAHAN mereka daripada mengundi.

* Dia berlagak seolah-olah dia ada kuasa untuk menahan orang.

* Dia bakal mengancam ketenteraman awam jika proses pembuangan undi tidak berlaku sepertimana yang ABU harapkan.

Sila rujuk posting dibawah ;

http://helenang.wordpress.com/2013/04/05/haris-asks-najib-if-he-is-ready-to-die/

http://helenang.wordpress.com/2013/04/05/skuad-tahan-isytihar-perang-terhadap-umno-yang-korup-kata-abu/

sumber di sini

Nik Aziz tidak pegang kunci syurga


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengaku beliau tidak memegang kunci syurga walaupun beliau sanggup melemparkan pelbagai tuduhan terhadap orang UMNO yang dikatakan tidak mengamalkan ajaran Islam.

Ketika menjawab kenyataan sinis Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan Mursyidul Am Pas itu gagal mencerminkan dirinya sebagai orang yang tinggi ilmu agamanya, Nik Aziz berkata:

"Betul saya tak pegang (kunci syurga) tapi saya pegang akidah. Tak ada orang pegang kunci syurga, Nabi Muhammad tak pegang kunci syurga."

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini semalam.

Ketika diminta mengulas kenyataan mengarut Nik Aziz terhadap UMNO dalam satu sidang akhbar di Seremban kelmarin, Mohamad dilaporkan berkata:

"Kalaupun marah sangat dengan UMNO, janganlah cakap macam tu. Juga, cerita sembahyang orang UMNO tiada pahala, kau siapa hendak kata begitu. Saya hendak tanya, dia pemegang kunci syurga ke?"

Ketika diminta mengulas tindakan ulama pondok menerusi Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan dan Yayasan Pondok Malaysia yang mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Nik Aziz mengeluarkan satu lagi tuduhan terhadap UMNO.

Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti yang haram untuk dipilih pada PRU-13.

Katanya, sekiranya mengundi Pas itu adalah haram sebagaimana didakwa oleh ulama pondok itu, bermakna tidak ada parti di negara ini yang boleh diundi terutamanya UMNO kerana parti tersebut dipelopori orang Melayu yang menolak Islam.

Beliau berkata, para pemimpin UMNO didapati meletakkan taraf mereka seperti 'tuhan' kerana sesuka hati membuat keputusan menolak dan menerima sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama.

"Bila tolak Islam, dia (UMNO) nak bawa hala agama mana, pemimpin UMNO nak bawa Melayu pada agama apa? Pada agama Islam tak bolehlah, dia tolak dah.

"Oleh yang demikian, kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi, UMNO lah yang pertama diharamkan.

"Pemimpin UMNO ini letak taraf dia serupa dengan 'tuhan', berasa nak tolak, tolak, berasa nak terima, terima. Ini jahat," katanya

Tambahnya, pemimpin UMNO menolak Islam dan tidak melaksanakan undang-undang Islam semata-mata untuk menjaga hati sekutunya MIC dan MCA. - sumber KOSMO

Tuesday 9 April 2013

Polis Johor terima tambahan 145 motosikal untuk anggota URB


JOHOR BAHRU - Anggota polis Johor menerima 145 buah motosikal berkuasa tinggi dalam usaha meningkatkan keupayaan polis memerangi jenayah.

Penerimaan itu juga merupakan fasa kedua selepas polis negeri ini menerima sebanyak 74 buah motosikal jenis sama pada 19 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, jumlah keseluruhan yang diterima polis Johor ialah sebanyak 219 buah dan akan digunakan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk memeriksa dan membuat rondaan.

"Anggota URB ini akan membuat rondaan 24 jam di sekitar kawasan yang dilihat boleh mengundang pelbagai kejadian jenayah.

"Selain itu, URB juga dijadikan medium bagi anggota polis untuk beramah mesra dengan masyarakat dan mendapat serta memberikan maklumat - maklumat terkini berhubung aktivit jenayah," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Motosikal Kepada Anggota Unit URB sebentar tadi.

Sementara itu, beliau memberitahu, sejak URB ditubuhkan pada 19 Disember lalu, polis negeri ini berjaya menyelesaikan 54 kes melibatkan kes ragut, mencuri dan cubaan melakukan jenayah. - sumber KOSMO!

Tolak undi pakatan pembangkang



GURUN 8 April - Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Menurutnya, para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.

Katanya, kenyataan bersama ketiga-tiga pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya.

“Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.

Harun yang juga Ketua Penerangan Minda Pondok berkata, kalimah Allah adalah nama zat Tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu Islam, maka kalimah Allah hanya untuk umat Islam yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain.

Jelasnya, ini yang membezakan umat Islam dengan agama lain yang diperintah berdakwah dan menyeru umat lain mengesakan Allah bukan membenarkan Allah untuk disekutukan seperti yang dipersetujui Pas, PKR dan DAP.

“Pas sepatutnya menyeru mereka masuk Islam dan menganut agama Islam bukan membenarkan nama Allah untuk digunakan, sedangkan secara terangan menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan mereka yang asal.

“Apabila dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam bible atau kitab-kitab agama mereka, maka natijahnya semua agama adalah agama Allah dan bukan lagi Islam agama Allah,’’ ujarnya.

Menurutnya, itulah yang dipanggil pluralisme agama yang menjadi agenda jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.

Katanya, rakyat negara ini usah termakan dengan dakyah pakatan pembangkang khususnya Pas yang kononnya mahu melaksanakan Islam tetapi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalalkan Allah disekutukan dengan memberi nama Allah digunakan oleh agama lain.

“Isu kalimah Allah bukan isu politik semata-mata sebaliknya adalah usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam," katanya.

Harun berkata, pihaknya turut menyeru segenap lapisan masyarakat dan pemimpin di seluruh negara melakukan solat hajat sehingga pilihan raya umum atau seterusnya agar umat Islam di Malaysia dan dunia terpelihara daripada agenda memurtadkan mereka. - sumber UTUSAN ONLINE

PRU13: Agenda DAP tawan Putrajaya




fikir-fikirkan

PRU-13: PKR umum calon di tujuh kerusi Parlimen di Johor


Oleh ZULHISHAM ISAHAK
LEDANG 9 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan tujuh calon baharunya yang akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), termasuk kerusi untuk Pengerusi PKR negeri, Datuk Dr. Chua Jui Meng.

Melalui satu ceramah di pekarangan sebuah rumah di pekan Tangkak, di sini kira-kira pukul 11.55 malam tadi, pengumuman dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan hampir 2,000 penyokongnya.

Anwar memberitahu, Jui Meng akan bertanding di kerusi Parlimen Segamat, manakala bekas calon Parlimen Johor Bahru yang tewas sebelum ini, Hassan Karim iaitu Naib Ketua PKR negeri bertanding di kerusi Parlimen Ledang.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya negeri, Khuzan Mohammad pula akan bertanding di Parlimen Sri Gading; Ketua Biro Pendidikan dan Latihan PKR Wilayah Persekutuan, Onn Abu Bakar di Sembrong dan penulis blog, Julailey Jemadi di Sekijang.

Calon lain ialah Timbalan Ketua PKR Johor, Dr. Ahmad Faidi Saidi di Pasir Gudang; bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Idris Jauzi di Batu Pahat.

Anwar turut mengumumkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah seperti diperkatakan sebelum ini dan mengulangi bahawa bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.

"Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Steven Chong bertanding di Parlimen Tebrau manakala Pengerusi PKR Parlimen Muar, Nor Hizwan Ahmad bertanding di Parlimen Muar," ujarnya. - sumber UTUSAN ONLINE

Monday 8 April 2013

PRU13 - Bloger The Unspinner dedah penipuan taktik guna pengundi rakyat asing


Kawasan DUN N1 Pengkalan Kubor adalah kawasan kuat BN tapi semasa tsunami 2008, undi tinggal majoriti 100 lebih kurang. Lihat data berikut:

Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008
DATUK HJ NOOR ZAHIDI B HJ OMAR (BN) 7643 undi,
HASSAN BIN BERAHIM (PKR) 7543 undi.
Majoriti: BN 100 undi
JUMLAH PEMILIH: 20,311
Undi rosak: 263 K
Peratus undian: 76.25%

Pilihanraya ke 11 pada 21 Mac 2004
Datuk Noor Zahidi Omar (BN) 6,638 undi
Wan Husain Wan Ahmad @ Tok Imam Wan Husain (Pas) 5,924 undi
Majoriti BN: 714,
Undi rosak: 214
Peratus undian: 71.97

baca selanjut di the Unspinners

Kehadiran Tun Mahathir di beri sambutan meriah oleh warga Muar



kredit dari blog House PK

PRU-13: Bakri, Kulai Kerusi DAP - Kit Siang


Oleh DESIREE TRESA GASPER

JOHOR BARU: DAP menegaskan bahawa Parlimen Kulai dan Bakri merupakan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

"Tempat itu adalah kerusi DAP, noktah," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad.

Kenyataan kerasnya itu dilihat sebagai usaha bagi menghentikan spekulasi bahawa Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dijangka bertanding sama ada di Parlimen Bakri atau Kulai selepas PKR bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di Gelang Patah.

Sebelum ini Chua adalah antara calon-calon Pakatan Rakyat yang menunjukkan minat untuk bertanding di Gelang Patah namun kedudukan itu diberikan kepada Lim oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - sumber MSTAR

PRU-13: Kami bukan 'upah baru lawan', Pemuda Sabah tempelak Mat Sabu


BEAUFORT 8 April - Pemuda UMNO Sabah menempelak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menuduh ahli-ahli Pemuda UMNO bekerja untuk parti hanya selepas dibayar upah.

Ketuanya, Datuk Awang Kadin Tang yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab itu menegaskan, bahawa mereka ikhlas berjuang mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

"Kami tidak pernah 'diupah baru lawan' tetapi kami pada setiap masa sedia mempertahankan maruah UMNO dan Barisan Nasional sebab ia adalah tugas dan perjuangan Pemuda UMNO.

"Motto kami adalah jelas, Bersatu-Bersedia-Berkhidmat, tanpa upah, tanpa mengira penat lelah, demi parti keramat UMNO," katanya kepada Utusan Online di sini malam tadi.

Awang Kadin mengulas tohmahan Timbalan Presiden Pas itu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu yang menggelar Pemuda UMNO sebagai Pahlawan ('uPah' baru 'Lawan') dalam ceramahnya sempena pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Klias di sini malam tadi.

PDM itu dilancarkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk Seri Lajim Ukin. - sumber UTUSAN ONLINE

PRU-13: Hanya Allah boleh hukum yang batin, kita cuma hamba - Nooh Gadut


NOOH GADUT... Penasihat Agama Islam Johor
KUALA LUMPUR 8 April - Usaha membina masjid untuk menzahirkan sedekah atau kebaikan kepada orang ramai bagi tujuan menggalakkan manusia beribadah, berbuat baik atau melakukan perkara sama dibolehkan dalam Islam selagi perbuatan itu adalah ikhlas.

Bagaimanapun, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, tidak boleh seseorang itu membina masjid untuk perpecahan, perkelahian atau permusuhan.

"Masjid merupakan lambang kesatuan hati, spiritual, minda dan fikiran, objektif, misi dan matlamat dan lambang kepada satu perlaksanaan sama yang abadi.

"Siapa yang tahu ikhlas atau tidak, awak jadi kontraktor. Ia (keikhlasan) benda dalaman. Dalam hadis nabi, kita menghukum apa yang lahir. Yang batin, hanya Allah sahaja yang tahu dan kalau itu syariatnya, tuduhan atau tohmahan tersebut lari daripada yang hak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Nooh diminta mengulas kenyataan terbaharu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan UMNO membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana ingin menjadi kontraktor.

Tokoh agama tersebut turut menyatakan, sepatutnya, seseorang itu menggalakkan individu lain berbuat kebaikan dan kebajikan.

Malah, ujar Nooh, sebagaimana ayat 48 surah Al-Maaidah, seseorang itu digalakkan berlumba-lumba membuat kebaikan.

"Kita sepatutnya menggalakkan dan bukannya menghalang. Kita hamba Allah tidak boleh menghukum. Yang menentukan orang buat (sesuatu) kerana apa hanyalah Allah sahaja,'' tambahnya.

Selain itu, Nooh memberitahu, sebagai umat Islam kita tidak boleh bersangka buruk kepada sesiapa walaupun individu tersebut berbeza pendapat mahupun atas nama politik.

Ini kerana, dalam Al-Quran ada menyebut, bersangka buruk adalah sebahagian daripada dosa bosar.

"Akhlak baik dalam Islam ialah kita mesti bersangka baik," kata Noh.

Dalam kenyataan terbaharu, Menteri Besar Kelantan tersebut selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di Kota Bharu, Kelantan turut berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

"Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh' (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu, Kelantan, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam. - sumber UTUSAN ONLINE

Sunday 7 April 2013

Berita Panas - 350 ahli PKR Kuala Langat masuk BN


KUALA LANGAT - Seramai 350 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuala Langat yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) 2008 kini kembali menyertai BN selepas kecewa dengan kegagalan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang menunaikan janji.

Mereka turut menubuhkan 11 cawangan baharu MIC di kawasan Parlimen itu bagi menunjukkan kesungguhan mereka membantu BN merampas semula Selangor pada PRU-13, khususnya Parlimen Kuala Langat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang dan Telok Datuk yang dimenangi pakatan pembangkang pada pilihan raya lepas.

Pengerusi MIC cawangan Taman Jaya, Telok Panglima Garang, Datuk S. Uthayasurian berkata, keputusan untuk kembali semula kepada BN dibuat selepas pihaknya kecewa dengan kegagalan kerajaan negeri menunaikan beberapa janji yang dibuat kepada kaum India termasuk pemberian geran tanah individu dan pembinaan krematorium.

“Pada PRU-12, pakatan pembangkang berjanji untuk beri geran tanah individu kepada penduduk Kampung Fatimah di Sungai Manggis, Banting, tetapi sehingga sekarang tidak ditunaikan. Dahulu mereka berjanji untuk selesaikan masalah dalam tempoh tiga bulan tetapi selepas empat tahun mereka gagal selesaikan.

“Kerajaan negeri juga sebelum ini berjanji untuk membina krematorium pembakaran mayat tetapi sehingga kini tidak dilaksanakan dan pemberian elaun kepada ibu tunggal juga gagal ditunaikan,” katanya kepada pemberita selepas program Kembali kepada BN yang dihadiri kira-kira 1,500 penduduk pelbagai kaum di kawasan Telok Panglima Garang di sini hari ini. - sumber dari KOSMO

PRU-13: Salahudin Ayub tanding di Parlimen Pulai?


JOHOR BAHRU 7 April - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dijangka bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-13 berdasarkan status yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, semalam.
Meskipun belum diumum secara rasmi oleh pucuk pimpinan Pas, status yang dimuat naik bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu pada kira-kira 8 malam, sedikit sebanyak menjawab pertanyaan sama ada beliau bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ini memandangkan sejak mengumumkan akan kembali bertanding di Johor pada akhir tahun lepas, anak kelahiran Kg Serkat, Pontian itu dilihat tercari-cari kawasan yang sesuai untuknya.

Antara kawasan yang sering disebut beliau termasuk DUN Nusajaya, DUN Putri Wangsa dan Parlimen Tebrau, sebelum memilih Parlimen Pulai.

Pada pilihan raya umum lepas, kawasan P161 Pulai dimenangi Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 20,499 undi menewaskan calon Pas Abdullah Idris.

Jika benar Salahuddin ingin bertanding di Parlimen itu, beliau dilihat seakan-akan sengaja "menggali kubur politiknya" sendiri kerana sokongan pengundi di kawasan berkenaan dilihat lebih memihak kepada BN.

Selain itu, Ahli Parlimen Pulai iaitu Nur Jazlan cukup disenangi penduduk kawasan berkenaan tidak kira Melayu, Cina atau India kerana kerap turun padang dan menjaga kebajikan rakyat di situ.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi berkata, status di laman sosial berkenaan hanyalah satu indikator tidak rasmi kerana kawasan di mana beliau bertanding akan diumum pucuk pimpinan parti dalam tempoh terdekat.

"Itu hanya indikator tidak rasmi, malah ada juga mengaitkan saya akan bertanding di DUN Nusajaya, tetapi kita tunggulah nanti pengumuman rasmi," katanya.

Salahuddin berkata, sebagai anak Johor, beliau sedar bukan mudah untuk bersaing dengan BN mahupun UMNO kerana negeri ini sememangnya dikenali sebagai kubu kuat parti itu.

"Namun, saya rasakan penerimaan rakyat kini berbeza dan kita jangka akan berlaku persaingan sengit dalam pilihan raya di negeri ini nanti," katanya. - BERNAMA @