Saturday 20 April 2013

Muhyiddin Serah Kertas Pencalonan di Pagoh


PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Beliau menyerahkan borang pencalonan itu kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Zulkifly Mohd Tahir.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), tiba di kompleks itu pada 9 pagi selepas berarak dengan menaiki kenderaan kira-kira 2km dari Kompleks Seri Pekembar bersama para penyokongnya.

Beliau turut diiringi dua calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Bukit Serampang, Ismail Mohamad dan DUN Jorak Datuk Dr Sharuddin Md Salleh.

Muhyiddin memasuki dewan dengan ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Kira-kira 1,500 penyokong BN menyanyikan lagu Barisan Kita sambil memegang bendera parti di luar pusat penamaan calon.- sumber BERNAMA

No comments: