Friday 19 April 2013

PRU13: Lembaga Disiplin UMNO terima beberapa laporan sabotaj ahli


KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno menerima beberapa laporan perbuatan sabotaj dalam kalangan anggota partinya menjelang pilihan raya ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. 

Beliau berkata, individu berkenaan akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan mereka berdepan tindakan tegas termasuk dipecat dan digantung keanggotaannya jika dibuktikan bersalah.
Justeru, beliau mengulangi amaran agar anggota parti menjauhi perbuatan mensabotaj parti.

"Saya juga menyeru kepada semua anggota Umno di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja yang mengkhianati parti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, Lembaga Disiplin juga telah melantik pemantau di setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) bagi memantau dan melaporkan kes sabotaj parti.

Sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi UMNO dan empat wakil Lembaga Disiplin parti juga ditubuhkan bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti, katanya. - sumber BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

BN nak menang ke tanak?

datok kamilia sila terima nasihat dari pucuk demi untuk kebaikan parti, agama, bangsa dan negara

ketepikan soal jawatan kerna tiada siapa yang kekal. pemimpin keluar dan masuk. itu adalah asam garam dalam berpolitik. utamakan perjuangan parti

itu pun kalau beliau nak dengar nasihat sposen niy

Anonymous said...

pecat saja. buat apa simpan pensabotaj dalam parti..

memalukan



azmil-pengerang

Anonymous said...

Kita kena berani bertanding dimana-mana? Pasal Ketua Wanita tak bertanding tak masalah maksudnya.....mesti ada sebab kenapa? Mandat yg diberi oleh Pengerusi sepatutnya diambil sebab Dato' ada lah Naib Wanita Umno...teruskan perjuangan dan berikan kejayaan....ni terus keluar parti jadi parti bebas nampaknya seperti tidak percaya diri sendiri....Menjadi seorang politik kena ada semangat juang utk parti bukan peribadi...