
Mereka turut menubuhkan 11 cawangan baharu MIC di kawasan Parlimen itu bagi menunjukkan kesungguhan mereka membantu BN merampas semula Selangor pada PRU-13, khususnya Parlimen Kuala Langat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang dan Telok Datuk yang dimenangi pakatan pembangkang pada pilihan raya lepas.
Pengerusi MIC cawangan Taman Jaya, Telok Panglima Garang, Datuk S. Uthayasurian berkata, keputusan untuk kembali semula kepada BN dibuat selepas pihaknya kecewa dengan kegagalan kerajaan negeri menunaikan beberapa janji yang dibuat kepada kaum India termasuk pemberian geran tanah individu dan pembinaan krematorium.
“Pada PRU-12, pakatan pembangkang berjanji untuk beri geran tanah individu kepada penduduk Kampung Fatimah di Sungai Manggis, Banting, tetapi sehingga sekarang tidak ditunaikan. Dahulu mereka berjanji untuk selesaikan masalah dalam tempoh tiga bulan tetapi selepas empat tahun mereka gagal selesaikan.
“Kerajaan negeri juga sebelum ini berjanji untuk membina krematorium pembakaran mayat tetapi sehingga kini tidak dilaksanakan dan pemberian elaun kepada ibu tunggal juga gagal ditunaikan,” katanya kepada pemberita selepas program Kembali kepada BN yang dihadiri kira-kira 1,500 penduduk pelbagai kaum di kawasan Telok Panglima Garang di sini hari ini. - sumber dari KOSMO
3 comments:
askum. puak pkr sudah ketandusan modal. elok juga mrk keluar sesuai dengan nama parti..
Parti
Keluar
Ramai-ramai
Salam Perjuangan
Mohon tuan pautkan link ke blog saya di:
http://mycybertrooper.net.ms/feed/
Terima kasih
ws anon 2.00. tepat sekali
ws sdr MC. terima kasih krn sudi berkunjung ke johor sanasini. blog hebat sdr telah pun dipautkan.
Post a Comment