Sunday 7 April 2013

PRU-13: Salahudin Ayub tanding di Parlimen Pulai?


JOHOR BAHRU 7 April - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dijangka bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-13 berdasarkan status yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, semalam.
Meskipun belum diumum secara rasmi oleh pucuk pimpinan Pas, status yang dimuat naik bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu pada kira-kira 8 malam, sedikit sebanyak menjawab pertanyaan sama ada beliau bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ini memandangkan sejak mengumumkan akan kembali bertanding di Johor pada akhir tahun lepas, anak kelahiran Kg Serkat, Pontian itu dilihat tercari-cari kawasan yang sesuai untuknya.

Antara kawasan yang sering disebut beliau termasuk DUN Nusajaya, DUN Putri Wangsa dan Parlimen Tebrau, sebelum memilih Parlimen Pulai.

Pada pilihan raya umum lepas, kawasan P161 Pulai dimenangi Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 20,499 undi menewaskan calon Pas Abdullah Idris.

Jika benar Salahuddin ingin bertanding di Parlimen itu, beliau dilihat seakan-akan sengaja "menggali kubur politiknya" sendiri kerana sokongan pengundi di kawasan berkenaan dilihat lebih memihak kepada BN.

Selain itu, Ahli Parlimen Pulai iaitu Nur Jazlan cukup disenangi penduduk kawasan berkenaan tidak kira Melayu, Cina atau India kerana kerap turun padang dan menjaga kebajikan rakyat di situ.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi berkata, status di laman sosial berkenaan hanyalah satu indikator tidak rasmi kerana kawasan di mana beliau bertanding akan diumum pucuk pimpinan parti dalam tempoh terdekat.

"Itu hanya indikator tidak rasmi, malah ada juga mengaitkan saya akan bertanding di DUN Nusajaya, tetapi kita tunggulah nanti pengumuman rasmi," katanya.

Salahuddin berkata, sebagai anak Johor, beliau sedar bukan mudah untuk bersaing dengan BN mahupun UMNO kerana negeri ini sememangnya dikenali sebagai kubu kuat parti itu.

"Namun, saya rasakan penerimaan rakyat kini berbeza dan kita jangka akan berlaku persaingan sengit dalam pilihan raya di negeri ini nanti," katanya. - BERNAMA @

4 comments:

ISAC said...

W'salam, blog tuan telah dilinkkan. Jangan lupa linkkan blog kawan.

Unknown said...

terima kasih kerana sudi menziarahi ke blog kami. blog tuan sudah pun kami pautkan. semoga perjuangan kita lebih bermakna insyallah

Otak geliga said...

sebelum menang kata YAKIN TERHADAP PERUBAHAN PILIHAN RAKYAT

masa menang kata....RAKYAT PILIH MEREKA, SPR ADIL, INILAH KEHENDAK RAKYAT

masa kalah.....PENGUNDI HANTUUUU, UMNO/BN RASUAH/BELI PENGUNDI, SPR X ADIL

pandangan BANGHAL/OXYMORA ni hanya ada dlm sfera pembangkang.....aneh, pelik tapi benar-benar wujud.....sgt menjijikkan!!

jgn bg walau satu kerusipun pada pembangkang di JOHOR......hapuskan pembangkang di Johor negeri kelahiran UMNO!!

Unknown said...

setuju pandangan o.t.
mereka belum berkuasa sepenuh tapi sudah tunjuk gila kuasa. mereka wajib di tolak secara total