Wednesday 17 April 2013

DAP kemuka 11 muka baru di Johor


JOHOR BAHRU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengumumkan calon parti itu bagi enam kerusi Parlimen dan 14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

DAP, katanya, akan mengetengahkan 10 muka baru bagi kerusi DUN dan seorang muka baru bagi kerusi Parlimen.
Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah juga berkata, DAP juga akan mengetengahkan seorang calon Melayu, Mahdzir Ibrahim sebagai calonnya di Parlimen Tanjung Piai.

"Senarai calon kita adalah bersesuaian untuk mencetuskan tsunami politik di negeri Johor dan Malaysia keseluruhannya," katanya pada sidang media sempena majlis pengumuman senarai nama calon Parlimen dan DUN DAP Johor di sini, hari ini.

Antara nama besar pemimpin DAP selain beliau sendiri yang akan bertanding di Johor kali ini, ialah pakar strategi DAP, Liew Chin Tong yang akan bertanding di Parlimen Kluang dan Teo Nie Ching (Kulai). - sumber BERNAMA

No comments: