Monday, 8 April 2013
PRU-13: Bakri, Kulai Kerusi DAP - Kit Siang
JOHOR BARU: DAP menegaskan bahawa Parlimen Kulai dan Bakri merupakan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.
"Tempat itu adalah kerusi DAP, noktah," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad.
Kenyataan kerasnya itu dilihat sebagai usaha bagi menghentikan spekulasi bahawa Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dijangka bertanding sama ada di Parlimen Bakri atau Kulai selepas PKR bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di Gelang Patah.
Sebelum ini Chua adalah antara calon-calon Pakatan Rakyat yang menunjukkan minat untuk bertanding di Gelang Patah namun kedudukan itu diberikan kepada Lim oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - sumber MSTAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lim kit siang jangan mimi lah.
cukup lah nak menipu orang melayu dan ambil jadi barua kamu!...
orang johor pakat akan kuburkan kamu dan pakatan kamu sekali gus...
sudah semestinya sdr anon 12.28. insyallah PR bakal berkubur di johor sebagai pusara terakhir mereka
Post a Comment