Monday 8 April 2013

PRU-13: Kami bukan 'upah baru lawan', Pemuda Sabah tempelak Mat Sabu


BEAUFORT 8 April - Pemuda UMNO Sabah menempelak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menuduh ahli-ahli Pemuda UMNO bekerja untuk parti hanya selepas dibayar upah.

Ketuanya, Datuk Awang Kadin Tang yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab itu menegaskan, bahawa mereka ikhlas berjuang mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

"Kami tidak pernah 'diupah baru lawan' tetapi kami pada setiap masa sedia mempertahankan maruah UMNO dan Barisan Nasional sebab ia adalah tugas dan perjuangan Pemuda UMNO.

"Motto kami adalah jelas, Bersatu-Bersedia-Berkhidmat, tanpa upah, tanpa mengira penat lelah, demi parti keramat UMNO," katanya kepada Utusan Online di sini malam tadi.

Awang Kadin mengulas tohmahan Timbalan Presiden Pas itu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu yang menggelar Pemuda UMNO sebagai Pahlawan ('uPah' baru 'Lawan') dalam ceramahnya sempena pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Klias di sini malam tadi.

PDM itu dilancarkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk Seri Lajim Ukin. - sumber UTUSAN ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

nik aziz upah balaci pas sertai BERSIH 3.0 tak apa pula.

Unknown said...

ye sdr anon 11.44. pas parti asal boleh saja